Aktiviti Luaran Masjid

AKTIVITI MASJID 

1. BAKUL KASIH - FOOD BANK 

2. MASAKAN BUBUR LAMBUK BERSEMPENA

3. ZIARAH CAKNA

4. SUMBANGAN ANAK YATIM

5. SUMBANGAN OKU

6. SUMBANGAN IBU TUNGGAL

7. PUSAT KESIHATAN WARGA EMAS (PAWE)




MATLAMAT AKTIVITI PENGIMARAHAN MASJID

Sebelum perancangan dibuat, matlamat yang ingin dituju dalam perancangan tersebut mestilah jelas agar apa yang dirancang kelak mencapai tujuan atau matlamatnya ialah seperti berikut:

 1.    Masjid adalah rumah Allah di bumi atau lebih khusus rumah Allah dalam sesebuah kariah. Sifatnya yang sedemikian bermaksud masjid mestilah mempunyai semua kelebihan dari bangunan atau tempat-tempat lain dalam kariah.Ia sepatutnya lebih cantik,lebih kemas, lebih bersih, lebih canggih, lebih dikunjungi (diimarah) dan sebagainya.Kedudukannya mestilah tidak lebih rendah dari apa-apa bangunan lain dalam kariah.

 2.    Masjid adalah institusi tertinggi dalam sesebuah kariah yang menguruskan kehidupan masyarakat Islam yang tinggal di dalamnya.Bidang aktiviti dan programnya tidak terbatas pada lingkongan pagar masjid dan tanah perkuburannya tetapi meluas kepada sempadan kariah meliputi aspek berikut:

o   Dakwah.

o   Pendidikan.

o   Maklumat dan penerangan.

o   Program kehidupan dan budaya kariah.

o   Kebajikan.

o   Perhubungan dan perpaduan.

o   Ekonomi.

o   Kemudahan dan infrastruktur.

o   Nikah/kahwin.

o   Kelahiran/kematian.

 3.    Masjid adalah pusat kegiatan dan pentadbiran hidup masyarakat Islam sesuatu kariah.Semua kegiatan hidup masyarakat Islam dalam kariah tersebut hendaklah sedapat mungkin dilaksanakan di masjid.Konsep ini akan menghapuskan fahaman bahawa masjid adalah tempat ibadat khusus semata-mata, yang ternyata telah membataskan kegiatan masjid.Konsep ini akan mengangkat martabat masjid kembali ke kedudukan yang asal.

 4.    Masjid mestilah berkemampuan dan berperanan membantu masyarakat dari berbagai golongan.Kedudukannya sekarang sebahagian masjid mengharapkan bantuan dari anak kariahnya untuk masjid itu terus hidup dan berfungsi. masjid sepatutnya berperanan membantu hal-hal kebajikan masyarakat seperti kebajikan pada fakir miskin, anak yatim, warga tua dan mereka yang tidak berkemampuan.

 5.    Masjid mestilah berkemampuan dan berdayamaju menandangi arus perubahan hidup masyarakat masakini supaya tidak menjadi terpinggir atau tersisih dari masyarakat.Masjid hanya akan diterima oleh masyarakat di masa depan andainya ia terus diberi wajah pembaharuan seiringan penbaharuan berbagai bidang hidup.Perubahan ini melibatkan aspek;

 o   Sistem pengurusan moden seperti satu jabatan di kariah.

o   Kemudahan-kemudahan moden untuk pentadbiran dan melaksanakan program.

o   Masjid bukan lagi diurus secara sambilan bila ada masa lapang, tetapi diurus dengan bersungguh-sungguh dan berterusan serta memerlukan perancangan jangka pendek dan panjang.

 Mengembalikan fahaman bahawa tugas menguruskan pengimarahan masjid adalah suatu pewarisan usaha dari apa yang telah dilakukan Rasulullah S.A.W. dan dengan itu ia adalah satu dari kerja ibadat yang besar.


AKTIVITI TAHUNAN


AKTIVITI BULANAN


AKTIVITI MINGGUAN


AKTIVITI HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan