Masjid Batu 8 Lekir
Masjid Batu 8 Lekir Sitiawan Perak adalah salah sebuah masjid dalam Daerah Manjung Mukim Lekir Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung Lekir telah dibuka oleh Tok Gondah iaitu nama sebenarnya Haji Ahmad b Tok Laji pada tahun 1218 Hijrah bersamaan tahun 1798 Masihi.
1. Masjid Pertama : Masjid pertama diberi nama Masjid Belukar Cabai. Namun Masjid tersebut telah musnah ketika banjir besar melanda Lekir pada tahun 1926 Masihi. Masjid Al-Rahmaniah , Batu 8 Lekir telah dibina seawal tertubuhnya kampung Lekir sekitar tahun 1798 Masihi di tepi muara Sungai Lekir atau Parit Besar Lekir.

2. Masjid Kedua : Masjid kedua ini digelar sebagai Masjid Tebing Tinggi pada awalnya kemudian diberikan nama baru iaitu Masjid Al-Rahmaniah. Masjid ini telah dirasmikan oleh Almarhum Duli yang Maha Mulia Sultan Perak Raja Alang Iskandar Shah al-Kaddasullah Ibni Almarhum Sultan Idris Murshid al-Adzam Shah 1 Rahmatullah ( Sultan Perak Ke-30 mulai
26 Oktober 1918 - 14 Ogos 1938 ) . Beliau telah merasmikan pada tahun 1927 Masihi.
26 Oktober 1918 - 14 Ogos 1938 ) . Beliau telah merasmikan pada tahun 1927 Masihi.
Banjir besar telah mengakibatkan kerosakan besar pada keseluruhan asas binaan masjid. Maka terbinalah Masjid Al-Rahmaniah yang baru di tapak baru yang berada di atas Lot 5576 seluas 0.1600 Ha atau 0.3954 ekar.
Majlis Pengistiharan Masjid Baru Batu 8 Lekir,
Sitiawan Perak yang diberi nama Masjid Al-Rahmaniah.

LOKASI TAPAK WARISAN MASJID BELUKAR CABAI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan